Berdaya Saing Dengan Negara Maju.
BERDAYA SAING DENGAN NEGARA MAJU.
Kerajaan Negeri Sarawak telah menjalankan inisiatif bagi menubuhkan stesen pengisisan hydrogen bersepadu.
Presiden Persatuan Pengimpot Melayu Malaysia (Pekema) cawangan Sarawak, Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki menyifatkan inisiatif Kerajaan Negeri ini sebagai satu visi yang berpandangan jauh.
“Pekema secara amnya, dan Pekema Sarawak khasnya menerima inisiatif ini dengan ‘tangan terbuka’ sekiranya Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi pelaksana mahu bekerjasama dalam usaha menjayakan inisiatif berkenaan.
Inisiatif ini amat baik dan kita menyatakan sokongan penuh terhadap usaha yang ditampilkan ini,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.
Recent Comments