TEA for T

20 March, 2022

PEKEMA dengan ini menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak di atas kesudian menghadiri dan merasmikan majlis minum petang “TEA for T” bersama PEKEMA pada 19 Mac 2022 di PARKROYAL Penang Resort.
Majlis “TEA for T” ini dirancang bersempena dengan usaha kami dalam mengimport kenderaan elektrik (EV) ‘Tesla’ ke Malaysia bagi menyahut peluang dari insentif yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 2021 yang lalu.
Kebanyakan penerimaan dan keterujaan arus perdana untuk kereta elektrik boleh dikaitkan dengan Tesla Motors Inc. dan model perniagaannya yang unik. Oleh itu, PEKEMA mengambil peluang untuk memperkenalkan Tesla Model Y dan Model 3 sebagai model dan jenama utama untuk bergerak ke hadapan ke pasaran Pulau Pinang, dan seterusnya di beberapa negeri lain di masa akan datang.
Majlis kali ini dilihat begitu meriah dan majmuk dengan kehadiran para jemputan yang datang dari berbilang kaum dan PEKEMA percaya ia melambangkan kebersatuan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong usaha-usaha baik yang menuju kearah kemajuan bersama.
Dengan ini PEKEMA mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada kesemua jemputan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan secara tidak langsung menzahirkan sokongan kepada PEKEMA untuk terus berusaha memajukan industri EV di Malaysia.
Terima Kasih juga kepada kesemua EXCO Dewan Muda PEKEMA yang cergas berusaha menyusun atur segala perancangan dan memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Tidak lupa juga kepada PARKROYAL Penang diatas kerjasama baik yang telah diberikan kepada kami disepanjang majlis.