PEKEMA EV ROADSHOW “PLUG-IN 2 FUTURE”
Inisiatif PEKEMA mengadakan EV ROADSHOW 2022 ini adalah bertujuan menggembar-gembur kesedaran kepada umum berkenaan pergerakan dan peralihan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang kini dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa.
Majlis ini juga dilihatkan sebagai salah satu inisiatif dari pihak PEKEMA untuk membawa kenderaan elektrik kepada umum untuk mencipta pengalaman secara fizikal melihat sendiri dan merasakan perasaan yang menerujakan apabila anda melihat sendiri segala ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kesemua kenderaan elektrik yang dibawa khas oleh ahli-ahli PEKEMA diseluruh Malaysia.
PEKEMA Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil dari pihak kerajaan negeri Johor iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Iskandar Puteri, Yang Berhormat Tuan Hj Pandak Bin Hj Ahmad diatas kesudian Yang berhormat merasmikan majlis PEKEMA EV ROADSHOW “PLUG-IN 2 FUTURE” di Pulai Springs Resort Johor Bahru pada 19 Mei 2022 yang lalu.
PEKEMA juga berterima kasih kepada rakan seperjuangan, PERISIND SAMUDERA SDN BHD & ECO RIDE SDN BHD diatas sokongan yang diberi. Semoga segala usaha kita dalam memajukan industri dan ekonomi didalam negara bakal memberikan impak yang sihat dan positif.
Terima Kasih yang tidak terhingga juga ingin PEKEMA zahirkan kepada kesemua jemputan dan ahli-ahli PEKEMA dari Zon Selatan yang hadir sama-sama memberikan sokongan padu.
Terima Kasih, Johor Bahru!
“The Transportation Is In Transition & We Need To Get Ready”
Recent Comments