Dasar Automotif Nasional

Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen. Hari ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500,000 kenderaan dengan 90% daripadanya adalah dibuat atau dipasang di dalam negara.

Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan negara dalam membangunkan industri automotif tempatan telah didorong oleh dasar-dasar yang menyokong pengeluar kenderaan tempatan. Pada masa hadapan, cabaran global dan domestik akan menguji kemapanan industri ini. Industri global semasa mempamerkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan rasionalisasi besar-besaran yang mendesak pengeluar kenderaan tempatan untuk bergabung bagi mencapai tahap skala yang lebih tinggi. Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional dirangka dengan tujuan menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan penyumbang besar kepada ekonomi.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DASAR AUTOMOTIF NEGARA? Ikuti pautan di bawah

Anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau aduan? Sila emailkan kepada kami dan maklumbalas sewajarnya akan diberikan kepada anda.

Ikuti Kami Di Media Sosial.

WISMA YAYASAN PEKEMA
Block 2, 02-02-02,Corporate Park, Star Central, Lingkaran Cyber Point Timur,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

03-8322 7311 / 7411 / 7611

pekemamalaysia@gmail.com