Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke 41

1 December, 2022

Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke-41.

Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Sabtu, 25 November 2022 dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 41, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Mesyuarat Agung pada kali ini dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Yang berbahagia Datuk Lokman Hakim Ali.

PEKEMA dengan ini mengambil kesempatan menzahirkan Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim Ali diatas kesudian menghadiri dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 41. YBhg Datuk telah menyampaikan amanat yang penuh dengan kata-kata semangat dan nasihat kepada seluruh Ahli PEKEMA.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada 178 buah syarikat ahli PEKEMA yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA ke 41.

Kepada Ahli-ahli PEKEMA yang telah memberikan pandangan-pandangan bernas, cadangan-cadangan membangun dan kata-kata semangat kepada seluruh warga PEKEMA pada mesyuarat kali ini, diucapkan Terima Kasih.

Semoga kita kekal bersemangat dalam memperjuangkan kemajuan bersama.

Selamat Datang dan Terima Kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli baru PEKEMA yang buat pertama kalinya turut menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA pada kali ini. Semoga kehadiran Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan bakal melonjakkan lagi sumbangan kepada ekonomi dan kemajuan industri automotif tanah air.

 

Terima Kasih warga PEKEMA.

Satu Gabungan, Satu Perjuangan.

 

.