Sesi Taklimat & Penerangan Berkaitan GST Kepada Ahli PEKEMA
Sesi ini dihadiri oleh Presiden Pekema, Dato’ Zainuddin Bin Abdul Rahman, Naib Presiden Pekema, Dato’ Hj Wan Zaid Wan Abdullah, Bendahari Pekema Tn. Hj Nazari Noordin, dan Setiausaha Kehormat Pekema, Dato’ Nik Izani Nik Ibrahim. Sesi ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia, terdiri daripada, Timbalan Pengarah, Ketua Bahagian GST WPKL, Pn. Norani Bt Saedin, Penolong Kanan Pengarah Kastam, Tn. Aminul Izmeer Bin Md Sohaimi, Penolong Pengarah Kanan, Tn. Manimaran A/L Saringam, dan Penolong Pengarah Kanan, Tn. Mohamad Shukri Bin Md Zain.