Sembang Mesra Di Pulau Mutiara

Written by Yusman Saidin admin pekema

23/03/2022

Pada 18 Mac 2022, PEKEMA telah menganjurkan satu program bertemakan “Sembang Mesra Di Pulau Mutiara” yang diadakan di Pulau Pinang bertujuan untuk bertemu semua Ahli PEKEMA di bahagian Utara Semenanjung Malaysia.

Perjumpaan ini telah diadakan di Hotel Shangri La Golden Sands Pulau Pinang dimana sebanyak 17 buah Syarikat Pemegang AP Terbuka telah menghadiri perjumpaan tersebut. Tujuan utama perjumpaan ini di adakan ialah sebagai satu usaha PEKEMA untuk bertemu dan merapatkan lagi hubungan diantara Ahli PEKEMA,EXCO dan AJK PEKEMA disamping membincangkan segala isu dan permasalahan yang dihadapi oleh Ahli PEKEMA. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk sebagai satu wadah perkenalan untuk Ahli PEKEMA yang baru dilantik bagi mengenali dan mempelajari segala ilmu perniagaan otomotif bersama Ahli PEKEMA yang lebih berpengalaman.

PEKEMA turut bercadang untuk mengadakan program yang sama untuk bertemu semua ahli PEKEMA di bahagian Selatan Malaysia, Sabah dan Sarawak. Program seperti ini merupakan satu medium bagi mewujudkan kesepakatan di antara semua Ahli PEKEMA bagi menjadikan PEKEMA satu Persatuan yang lebih kuat dan berdaya saing.

Program diteruskan dengan perjumpaan yang lebih santai pada waktu malam dengan Jamuan Makan yang enak disediakan oleh pihak hotel. Sepanjang program dijalankan, kehadiran dan respons yang ditunjukkan oleh Ahli PEKEMA adalah sangat memuaskan. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua Ahli PEKEMA dalam menjalankan perniagaan otomotif disamping mengeratkan hubungan sesama ahli.

Related Articles

Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke 41

Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke 41

Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke-41. Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Sabtu, 25 November 2022 dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 41, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Mesyuarat Agung...

PEKEMA EV ROADSHOW “PLUG-IN 2 FUTURE”

PEKEMA EV ROADSHOW “PLUG-IN 2 FUTURE”

Inisiatif PEKEMA mengadakan EV ROADSHOW 2022 ini adalah bertujuan menggembar-gembur kesedaran kepada umum berkenaan pergerakan dan peralihan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang kini dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Majlis ini juga...

TEA for T

TEA for T

PEKEMA dengan ini menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak di atas kesudian menghadiri dan merasmikan majlis minum petang “TEA...