Misi & Visi

PEKEMA

9

Menyatu-padukan pengimpot, penjual, peniaga dan pengusaha kereta, lori dan motosikal terpakai dan baru dan mereka-mereka yang terlibat dalam perusahaan kereta untuk kepentingan dan faedah ekonomi orang-orang Melayu.

9

Memperjuangkan hak ahli-ahli dari segi undang-undang.

9

Menyelaraskan aktiviti-aktiviti semua ahli dan menyelesaikan jika diminta oleh kedua-dua pihak yang berkenaan, selisih faham yang timbul diantara ahli-ahli.

9

Membuat perhubungan dengan badan-badan lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan.

9

Menerbitkan majalah-majalah atau risalah yang berkaitan dengan perusahaan, menjual dan mengimpot kereta, lori dan motosikaol dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak berkenaan.

9

Menganjur kelas-kelas dan apa-apa projek pelajaran berhubung dengan perusahaan kenderaan.

9

Membeli, menjual, meminjam, menggadai, memajak, menyewa dan membuat lain-lain urusan bersangkutan dengan tanah-tanah atau lain-lain harta.

9

Menggalakkan ahli-ahli menubuhkan syarikat untuk menjalankan perniagaan menjual, mengimpot kenderaan termasuk segala perusahaan yang berkaitan dengan kenderaan.

9

Menjalankan apa-apa sahaja usaha yang difikirkan baik dan berfaedah bagi mencapai tujuan di atas dengan syarat tidak menyalahi mana-mana undang-undang Negara.

9

Semua wang yang didapati oleh Persatuan ini akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, dan tidak sebahagianpun daripada keuntungan atau wang itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini.

Anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau aduan? Sila emailkan kepada kami dan maklumbalas sewajarnya akan diberikan kepada anda.

Ikuti Kami Di Media Sosial.

WISMA YAYASAN PEKEMA
Block 2, 02-02-02,Corporate Park, Star Central, Lingkaran Cyber PointTimur,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

03-8322 7311 / 7411 / 7611

pekemamalaysia@gmail.com