LAWATAN KE BANGUNAN BARU PEKEMA, CYBERJAYA

Selepas 35 tahun ditubuhkan serta berkecimpung dalam industri perdagangan automotif, kini Persatuan Pengimpot dan Perniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) boleh mendabik dada apabila berjaya memiliki bangunan kedua. Dua blok bangunan 7 tingkat berwarna kelabu, hitam dan putih yang terletak di Star Central, Persiaran Rimba Permai, Cyberjaya dekat sini itu dibina dengan menggunakan konsep moden serta dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi. Presiden PEKEMA Dato’ Zainuddin Abd Rahman berkata, beliau bersyukur kerana usaha keras ahli-ahli persatuan itu akhirnya kini membuahkan hasil menerusi pembelian bangunan baharu itu secara tunai.