Kekalkan keistimewaan bumiputera – PEKEMA

PERSATUAN Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) berharap kerajaan dapat mengekalkan status bumiputera dan keistimewaannya bagi membolehkan golongan ini terus membangun.

Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, ini kerana golongan bumiputera masih lagi ketinggalan terutama dalam peruncitan berbanding bangsa-bangsa lain.
“Walaupun orang kata kita tak memerlukan tongkat tapi saya melihat dalam sektor automotif ini, golongan bumiputera masih lagi jauh ketinggalan.

“Kalau ada insentif untuk bumiputera, kami minta kerajaan untuk tambah lagi supaya usahawan-usahawan bumiputera dapat berkembang,” katanya kepada Pekema Auto & Industri baru-baru ini.