Generasi muda Pekema digesa teruskan perjuangan

Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, sebagai peneraju dalam industri tersebut pihaknya mahu meletakkan perniagaan mereka iaitu sebagai pemegang Permit Import (AP) di satu tahap yang kukuh sebelum diserahkan kepada generasi kedua.

Beliau yakin, jika generasi muda ini memandang serius dalam perniagaan yang diwarisi mereka tersebut, generasi ini juga akan terus berjaya dan seterusnya memastikan Pekema kekal maju pada masa depan.