preloder

Dasar lebih mesra bantu pacu sektor automotif AP

INDUSTRI automotif dalam kalangan pemegang Permit Import (AP) dapat berkembang dengan lebih pesat jika kerajaan mewujudkan dasar yang lebih mesra kepada usahawan-usahawan terbabit dan menerima keistimewaan yang sama seperti pemegang francais.

Bendahari Kehormat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh mengekang pasaran dan harus mewujudkan persekitaran yang sama rata bagi setiap pemain industri.