AP-DVS: PEKEMA labur RM2 juta

PERSATUAN Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) melabur kira-kira RM2 juta untuk membangunkan Sistem Pengesahan Digital-Permit Import (AP-DVS) bagi menambah kredibiliti dan keyakinan pembeli kepada kereta-kereta import yang dijual oleh ahli-ahlinya.

Timbalan Presiden Pekema, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah berkata, selain dapat memastikan kereta yang dibeli yang seperti yang dijanjikan, AP-DVS juga dapat menawarkan sistem jaminan yang dahulunya hanya terdapat kepada kereta-kereta baharu sahaja.